heArtBeat~

Wednesday, March 2, 2011

DA TERLAMBAT AIN....

Da terlambat.. da terlambat ntuk aku tangkap balik semua tu.. da terlambat untuk aku pertahankan semua tu.. aku tak kuat.. aku tak kuat nak hadapi semua ni.. aku manusia biasa.. tak lari dari perasaan cemburu,, sedih,, marah dan penat.. aku benci perkataan penat tu.. sebab aku tak pernah mencuba.. tapi kenape mesti aku rasa macam tu.. tak patut.. aku tak tahu perasaan aku sekarang ni.. aku buntu.. buntu untuk fikirkan apa lagi jalan yang perlu aku lakukan untuk kembali seperti sedia kala.. ingatan aku terhadap semua kenangan tu tak pernah luput,, tak pernah padam dari ingatan aku.. entah kenapa hari ni aku rasa aku tak jadi diri aku sendiri.. hanya kerana satu ayat,, aku da lemah.. aku da tak sanggup nak pertahankan apa yang aku pertahankan selama ni.. sahabat aku selalu marah aku sebab pertahankan benda yang tak pasti lagi akan jadi milik aku.. perlu ke aku ikut kata mereka dari ikut kata hati aku sendiri.. untuk apa aku pertahankan semua itu lagi andai semua tu akan hilang dari aku suatu hari nanti..

 ''da terlambat ain..'' tiba-tiba terdetik dalam hati aku ayat tu.. betul ke aku da terlambat untuk gapai balik apa yang aku pegang selama ni.. terlambat ke.. Ya Allah.. perasaan aku sangat tidak menentu sekarang ni.. sangat sedih hinggakan jari jemariku menggeletar.. tak pernah aku merasa sedih sebegini.. hanya kerana aku cuba pertahankan impian aku tu,, diri aku jadi begini.. aku tak pernah menyesal pertahankan apa yang aku ada selama ni.. sebab aku yakin dengan apa yang aku ada ni.. tapi andai itu takdirNya,, mampukah aku untuk melawan semua itu.. penat.. ya.. aku penat berendam dengan air mata tiap kali aku terfikir akan impian yang aku pertahankan tu.. basah mataku tatkala menyedari yang aku langsung tak pernah berusaha untuk pertahankan impian aku tu.. gagal.. aku merasakan yang aku sudah gagal untuk pertahankan apa yang aku ada selama ni.. tidak bersyukurkah aku Ya Allah..

Tidak.. aku sangat mensyukuri nikmat yangtelah kau berikan kepadaku Ya Allah.. namun,,mungkin selama ni aku leka dengan apa yang aku ada.. aku leka hinggakan impian aku telah lari jauh dari diriku.. aku cuba untuk mengejarnya namun entah mengapa,, aku merasakan yang aku telah gagal.. gagal untuk peroleh kembali semua itu.. mungkinkah sudah tertulis ini takdirku.. menyesali tindakanku selama ini.. penyesalan yang terbesar dalam hidupku adalah menyesali segala tindakan aku selama ini.. Ya Allah.. kau kuatkanlah hati aku Ya Allah.. sesungguhnya aku berasa sangat lemah hari ini.. aku tak kuat lagi untuk hadapi segala cubaan yang telah kau berikan dalam usaha untukku pertahankan impianku itu.. ampunkanlah aku Ya Allah..

selama ini aku sering berdoa agar Kau anugerahkanlah dia kepadaku.. aku sering meminta untuk dipanjangkan jodohku dengannya.. aku sering meminta agar kau tetapkanlah hatinya hanya untukku.. namun,,aku abaikan semua itu setelah aku perolehinya.. Ya Allah.. aku malu untuk meminta dariMu lagi.. aku tahu Kau tetap akan makbulkan segala yang hambamu minta.. namun hari ini,, aku tak kuat untuk meminta dariMu lagi.. ampunkan aku Ya Allah.. aku tak sanggup untuk meminta impianku itu lagi kerana aku tahu suatu hari nanti aku akan kehilangannya jika aku tidak mengubah diriku.. namun kuatkah aku andai ini yang aku telah terapkan dari dulu lagi.. aku tidak bisa untuk mengubah diriku sekelip mata.. aku perlukan masa.. aku perlukan sokongan.. bukan kata kata sisnis.. bukan kedinginan.. yang aku perlukan hanyalah bimbingan untuk membawa aku ke arah kebaikan.. tidak.. aku tidak menyalahkan sesiapa.. aku tidak pernah menyalahkan sesiapa.. kerana aku tahu ini smeua datang dari diriku sendiri.. aku kerapkali terfifkir akan semua ini.. sampai bila aku akan kekal begini.. jika hanya pandai mengutarakan kata-kata daripada bertindak mengikut akal cuma..

Ya Allah.. kuatkanlah hatiku untuknya Ya Allah.. aku bukanlah insan yang sempurna untuknya.. namun aku ingin berusaha agar bisa jadi sempurna di matanya.. kuatkah aku Ya Allah.. aku tidak mahu kehilangan impianku Ya Allah.. cukuplah aku bazirkan air mataku selama ini menangisi kesilapan yang telah aku lakukan.. cukuplah dia terseksa selama denganku.. Ya Allah.. andai dia bukan jodohku,, andai dia bukan untukku,,aku redha Ya Allah.. aku pohon Kau temukanlah dia dengan seseorang yang mampu membuatnya tersenyum manis seperti dahulu dan mungkin lagi manis pabila bersama dengan pilihannya itu.. mungkin pedih untuk aku lalui semua itu namun aku sanggup Ya Allah.. andai itu mampu menggembirakan hatinya seperti dulu,, aku sanggup kehilangannya.. kerana aku akan bahagia andai dia bahagia.. Ya Allah.. ikhlaskanlah hati aku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang Ya Allah.. aku tidak tegar lagi untuk menghadapi semua ini.. tanpa cintanya,,ibarat tiada lagi warna dalam hidupku.. Ya Allah.. maafkan aku kerana tidak menjaga kurniaanMu dengan sebaiknya Ya Allah.. aku alpa dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.. ampunkan ku Ya Allah.. aku ingin gapai kembali semua itu namun hari ini aku sedar bahawa aku telah terlambat.. Tenangkanlah hatiku ini Ya Allah.. Amin..

No comments:

Post a Comment