heArtBeat~

Sunday, May 15, 2011

Penantian.. Adakah kan ketemu penghujungnya..

Pertemuan.
Satu perkataan yang mungkin disenangi semua,
Yang nyata menyimpan 1001 rasa di jiwa,
Pabila terpandang akan wajahnya, 
tiada siapa tahu gelora yang melanda,
Pabila terdengar akan suaranya, 
tiada siapa yang mendengar irama yang berlagu di telinga,
Pabila terlihat akan senyumannya,
tiada siapa tahu akan kemanisan yang dirasa,
Dan pabila terkena panahan matanya,
tiada siapa sedar akan kesannya di jiwa.

Perkenalan.
Satu perkataan yang menjadi pemula bahagia,
Masa terus diambil untuk menyelami hati si dia,
Pabila hati sudah terpaut, 
yang racun bisa menjadi penawarnya,
Yang cuka bisa menjadi gula,
dan yang pahit terus hilang ditelan kemanisan cinta.
Pabila perkenalan disulam rasa yang selama ini melanda jiwa,
Lalu terbitlah bibit-bibit cinta,
Lantas kata sepakat diambil untuk menyatu dua jiwa.

Percintaan.
Satu perkataan yang pasti buat kita tersenyum mendengarnya,
Alangkah indahnya dunia milik bersama,
Segalanya terasa indah sangat bahagia,
Tiada mereka hanya kita berdua,
Saling mencurah rasa yang ada di dalam dada,
Segala kekurangan dipandang enteng sahaja,
Hanya kelebihan yang dipuja puja,
Kau untukku tiada duanya,
Lupakan segala yang penting cinta kita,
Tersenyum megah tanpa memikirkan apa yang bakal tiba.

Perbezaan.
Satu perkataan yang cukup mudah untuk difahami,
Perbezaan yang selama ini ditolak ketepi,
Makin hari makin terserlah tanpa perlu dicari,
Kau begitu dan dia begini,
Kau menyayanginya dan dia ikut mengerti,
Dia menyintaimu namun bagimu itu sukar dipasti,
Mengapa perbezaan itu wujud pabila bahagia mula bersemi?
Mungkin terlalu bosan dengan apa yang dimiliki ,
Atau mungkin keyakinan mulai luntur dari hari ke hari?
Baginya kaulah raja di hati,
Namun bagimu, ''sungguh aku tak pasti..''
Kekhilafannya menjadi titik tolak pengakhiran hubungan ini.

Perpisahan.
Satu perkataan yang sangat ditakuti malah mungkin jua ingin dihindari,
Mengapa wujudnya pertemuan andai akhirnya perpisahan yang terjadi?
Mengapa perlu menyemai cinta andai akhirnya layu tiada berseri?
Mengapa ini semua harus terjadi?
Bagimu perpisahan mungkin yang terbaik di kala ini,
Baginya pula ini adalah hukuman yang harus dihadapi,
Bagimu ''kita mungkin kan bahagia nanti..''
Baginya pula ''mana mungkin aku bahagia andai kau tiada disisi..''
Meranalah dia kerana terpaksa menghadapi perpisahan ini,
Namun tanpa dia sedari, kau turut meratapi apa yang telah terjadi.

Kekecewaan.
Satu perkataan yang cukup untuk menyatakan kesedihan yang melanda diri,
Kecewa kerana hilang apa yang dimiliki selama ini,
Sengsara kerana tiada lagi insan untuk disayangi,
Sakit kerana menanggung rindu yang menjengah hati.
Kau dan dia pasti merasai kekecewaan yang tiada peri,
Buntu memikirkan mengapa ini yang harus dihadapi,
Saling bertahan untuk mengharungi hari ,
Walau cukup pedih luka di hati.

Kau.
''Kau kata kau sayang..
Kau kata kau cinta..
Namun dimana buktinya..
Saban hari aku cuba untuk merapatkan jurang yang ada..
Saban hari aku cuba untuk membuatmu bahagia..
Aku ingin menjadi temanmu yang setia..
Tempat kau mencurah segala rasa di jiwa..
Bahagia dan jua derita..
Namun yang diharap tak pernah kunjung tiba..
Aku cuba bertahan demi rasa sayang yang ada dijiwa..
Aku cuba ukir senyuman biarpun diri dihimpit kecewa..
Namun pernahkah kau mengerti akan apa yang aku rasa..
Aku tahu kau sayangkan ku..
Aku tahu kau rindukan ku..
Aku tahu semua itu..
Namun aku juga manusia biasa..
Butuh kata kata cinta dari insan yang dipuja..
Inginkan perhatian dan belaian manja..
Susahkah untuk menunjukkan cinta yang ada..
Andai ini yang kudapat setelah lama menyulam cinta..
Aku rela melepasmu kerana mungkin kau tak bahagia..
Andai ini yang terbaik untuk kita..
Aku rela melepasmu walau ia mengundang sengsara..
Biarku simpan segala memori indah kita bersama
Jangan pernah minta untukku lupakanmu selamanya..''

Dia.
''Ya, aku sayang..
Ya, aku cinta..
Maaf sayang andai diri ini terlalu banyak kekurangan..
Maaf kasih andai diri ini tidak pernah menyatakan sayang..
Maaf cinta andai diri ini tidak pernah menganggapmu teman setia..
Aku sayangkan kau..
Aku kasihkan kau..
Aku cintakan kau..
Tapi mungkin rasa sahaja tidak cukup untuk membuktikan segala..
Aku sedar aku tidak pernah cuba untuk membuatmu bahagia..
Aku sedar aku sering membuatmu terkilan serta derita..
Sikapku hanya mementingkan diri cuma..
Tanpa memikirkan perasaan dan hatimu disana..
Namun sayangku..
Dengarlah bisikan hatiku..
Tiada insan lain yang mungkin dapat menggantikanmu..
Tiada insan lain yang mungkin mengambil tempatmu..
Dan tiada insan lain yang bisa membahagiakanku..''

Harapan.
Satu perkataan yang memberi sinar kepada kita semua,
Harapannya hanya untuk bersamamu lagi,
Harapannya hanya untuk mendapatkan cinta itu kembali,
Dan harapannya hanya untuk menebus kesalahan diri.
Hanya itu harapannya kini.
Saban hari dia berharap moga pintu hatimu dibuka untuknya,
Saban hari dia menanti kau kembali kepadanya,
Saban hari dia berdoa tanpa putus asa,
Kerana apa?
Kerana dia punya harapan yang satu cuma.
Harapan untuk memilikimu selamanya.

Penantian.
Penantian sekadar tinggal penantian.
Apa yang dinanti tak jua kunjung tiba,
Tetapi Syukur, dia masih ada di sana.
Menunggumu untuk menjemputnya semula,
Kembali menebus semua kekhilafannya,
Kembali menyulam cinta menyusun bahagia,
Membina syurga dunia sementara menanti syurga yang selamanya,
Namun, adakah penantian itu ketemu penghujungnya?

Ya Allah,
Hatinya masih utuh buat insan yang tercinta,
Hatinya masih mengharap pada si dia,
Hatinya masih menanti untuk diketuk semula olehnya,
Namun adakah dia akan kembali bersama cinta?
Kau satukanlah hati mereka Ya Allah,
Kau pertemukanlah mereka lagi didalam rahmatMu Ya Allah,
Kau yakinkanlah hatinya Ya Allah,
Supaya dia kembali kepada insan yang menanti disana,
Supaya dia percaya akan cinta mereka,
Supaya mereka bahagia menyulam cinta.

p/s : Perasaan hati memang sukar tuk difahami. 
Perasaan hati memang sulit untuk didengari. 
Perasaan hati memang payah untuk diungkapi. 
Namun, hanya keberanian yang dapat mengatasi. 
Dan 'dia' tidak punya keberanian itu. 
Dan sehingga sekarang, 
'dia' tidak pernah berani untuk mengungkapkan lagi cinta itu. 
'dia' tidak pernah ingin mencuba. 
'dia' tahu hatinya sayang. 
'dia' tahu hatinya cinta. 
Namun 'dia' takut untuk menyata. 
Kerana takut akan kecewa. 
Yang 'dia' tahu hanya berharap untuk mendapatkan cinta hatinya kembali. 
'dia' hanya berharap suatu hari kebahagian itu kan jadi milik mereka lagi. 
Perih melihat yang tersayang dari 'jauh'. 
Pedih mengingat kembali kenangan-kenangan tika bersama. 
Sakit menanggung rindu yang tidak terluah. 
Seksa kerana 'jauh' dengannya. 
Hanya satu yang diingininya. 
Iaitu dia kembali kesisi. 
Namun, layakkah 'dia' untuk meminta lagi. 
Layakkah 'dia' menagih cinta itu kembali. 
Layakkah 'dia'? 
Hanya Allah yang tahu layakkah dirinya. 
Hanya Allah yang tahu jalan kisah cinta mereka. 
Hanya Allah. 
'dia' hanya mampu untuk berdoa sahaja. 
'dia' hanya mampu berharap cuma. 
Namun, andai cinta itu bukan miliknya,
'dia' rela mengundur diri. 
Kerana 'dia' mulai percaya yang 
menyayangi tak semestinya memiliki. 

No comments:

Post a Comment